Media di Indonesia pasal Malaysia.

Isnin lepas saya baru saja sampai di Yogyakarta untuk sebuah jemputan pemerintah daerah di sana. Saya dibuat terkejut menakala mendapati SMS dari Kuala Lumpur bahawa Tun Mahathir sudah maklumkan beliau berhenti dari UMNO. Pastinya ini akan menjadi hal yang sangat pelik bagi peta politik di Malaysia, dan terutamanya bagi PM Dato Seri Abdullah Badawi.

Belum lagi habis hairan saya, petang itu juga di tv saya tengok ada wawancara eksklusif TV Indonesia bersama Tun Mahathir di Kuala lumpur. Hebat. Begitu cepatnya bola salju politik itu menggelinding. Memang, media di Indonesia selalunya menjadi media yang lebih cepat menyiar hal-hal yang berhubung dengan yang menentang kerajaan. Media di Indonesia juga lebih cepat dari media di Malaysia dalam memberitakan apa, siapa dan mengapa para pembangkang di Malaysia. Kerananya wajar jika Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, dan pemimpin lain lebih popular di sini ketimbang di Malaysia.

Harus diakui, Media di Malaysia memang tak sebebas media di Indonesia selepas reformasi. Media di Malaysia masih lagi under control kerajaan. Press freedom memang belum lagi berlaku sepenuhnya di Malaysia. Tapi itu juga berlaku sejak Tun Mahathir masih berkuasa, juga ketika Anwar Ibrahim masih Timbalan Perdana Menteri. Jadi itu, tentunya, bukan saja kesilapan Pak Lah.

Dalam pandangan saya, selama saya mengamati hubungan kedua-dua negara, Malaysia-Indonesia, para pemimpin parti pembangkang atau sesiapapun yang berseberangan pandangan dengan kerajaan, selalu memilih menggunakan media di Indonesia sebagai media politik mereka.

Kerananya media di Indonesia, juga tv, memperoleh akses luas kepada tokoh-tokoh itu. Ketika Bekas PM Anwar Ibrahim dipenjarakan oleh pemerintahan Tun Mahathir, Majalah TEMPO dapat dengan bebas memperoleh wawancara eksklusif melalui surat yang dihantar terus ke dalam penjara. Media di Indonesia juga mendapat akses luar biasa bebas dengan isteri dan anak-anak Anwar Ibrahim.

Ketika pula Tun Mahathir berbeza pandangan mengenai pelbagai hal dengan Perdana Menteri, beliau juga memberika akses yang mudah dan luas bagi media di Indonesia untuk melalukan wawancara secara eksklusif bagi memaklumkan pandangan-pandangan beliau kepada dunia dan, tentu saja, kepada rakyat Malaysia. Salah satu wawancaranya ada di laman lain blog ini; “Saya dilarang bicara di UMNO.”

Maka tak hairan bila dalam sedikit masa saja, selepas Tun Mahathir memaklumkan bahawa beliau mundur dari UMNO, TV di Indonesia sudah pula menyiar wawancara eksklusif bersama Tun Mahathir.

Bagaimana dengan Pak Lah? Perlukah beliau juga memanfaatkan media di luar negara seperti tokoh pemimpin yang lain? Semua pastinya terpulang kepada beliau, kerana sebenarnya kerajaan sudah mempunyai banyak media untuk menyuarakan kepentingan kerajaan. Tetapi harus pula diingat, terlalu mengguna media kebangsaan sebagai media pemerintah akan membuka peluang bagi rakyat mencari media alternatif. Internet adalah salah satu media alternatif yang tak boleh tersilap dimanfaatkan.

Media di Indonesia sentiasa akan membagi peluang luas pagi para pembangkang ataupun pemimpin yang berbeza pandangan dengan kerjaaan. Kerana itulah berita. Berita yang menarik bagi audience adalah berita yang mengandungi kontoversi. Bukan semata maklumat kerajaan.

Itu juga berlaku di Indonesia.