Yogyakarta Jemput Wartawan ASEAN

Sempena Tahun Lawatan Indonesia 2008, Pengerusi Bandar Yogyakarta menjemput wartawan dari ASEAN, diantaranya adalah 5 wartawan dari Malaysia, untuk mengikuti program bertajuk “Fam Trip Journalist”. Wartawan luar negara lainnya datang dari Thailand, Singapura, dan beberapa wartawan Indonesia.

Yogyakarta adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Indonesia, malah ia hanya kalah dari Bali yang memang lebih dikenali sebagai pulau pariwisata. Serupa Bali, Yogyakarta memiliki banyak destinasi pelancongan yang sangat menarik. Satu diantaranya adalah Borobudur yang pernah tersenarai dalam 7 keajaiban dunia. Memang, sebenarnya Candi Borobudur tidak berada di wilayah Yogyakarta, ia berada di wilayah Jawa Tengah, tetapi untuk ke Borobudur pelancong biasanya akan bertolak dari Yogyakarta, bandar paling besar dan paling dekat dengan Borobudur.

Di bandar ini juga ada Istana Sultan Hamengkubuwono yang dalam bahasa tempatan lebih dikenali sebagai Keraton Yogyakarta. Ia menjadi destinasi pelancongan penting di tengah bandar ini. Bangunan khas Jawa dan kekayaan budaya di dalamnya adalah daya tarik utama. Pelbagai upacara tradisional Jawa masih tetap dilakukan di dalam istana yang masih mempunyai pengaruh kuat di hati rakyatnya. Malah pegawai istana di sini, ramai yang hanya menerima gaji tak lebih dari 5 atau 10 ringgit Malaysia dalam satu bulan. Tetapi mereka tetap setia kepada Sultan, salah satu raja, atau malah satu-satunya raja di Indonesia yang masih mempunya pengaruh sangat kuat.

Yogyakarta juga memiliki istana lain, iaitu istana Pakualaman yang lebih dikenali sebagai Pura Pakualaman. Istana yang lebih kecil jika dibanding dengan istana Sultan. Destinasi belanja adalah di sepanjang jalan Malioboro yang sudah sangat ternama. Malah pada malam hari, tempat ini menjadi destinasi kulinar yang menarik. Ianya menyajikan masakan khas Jawa atau Yogyakarta yang dinamai Gudeg Lesehan. Suasana yang khas selalu menyertai program makan malam di tepi jalan Malioboro.

Di tepi jalan ini pula ada pasar tradisional Beringharjo yang terkenal dengan pelbagai kain batik serta barangan kerjinan khas lainnya. Kalau mahu belanja batik lebih khas kena datang langsung ke pelbagai kilang dan pembuat batik di beberapa wilayah Yogyakarta. Satu diantaranya adalah Museum Batik di Imogiri, Bantul. Di sini dapat dijumapi rakyat tempatan yang tengah membuat kain batik secara tradisional. Malah kain batik dengan motif kuno yang sudah jarang ditemui di pasaran dapat dibeli di sini. Luar biasa! Ibu-ibu tua dan muda tengah menggambar ke atas kain putih bakal batik. Malah di Bantul ini pula dikenalkan cara mewarnai kain batik mengguna bahan pewarna alam, iaitu dari daun Indigo Vera.

Yogyakarta juga dikenali sebagai Bandar Pendidikan di Indonesia. Banyak sekolah dan universiti ternama di bandar ini. Salah satu universiti paling tua di Indonesia justeru berada di bandar ini, ia adalah Universiti Gajah Mada. Ramai pelajar Malaysia yang menuntut di universiti ini, ia ada diantara hampir 4000 pelajar Malaysia di seluruh Indonesia. Tetapi tak cukup ramai pelancong Malaysia yang datang ke sini. Menurut Ketua Pejabat Pelancongan Yogyakarta, dari tahun ke tahun jumlah rakyat Malaysia yang turun ke Yogyakarta semakin sedikit. Malah tahun lepas hanya seputar 7% dari jumlah pelancong luar negara yang datang ke Yogyakarta. Maknanya itu hanya seputar 300 sehingga 400 pelancong Malaysia dalam satu tahun. Tetapi Wakil Ketua Bandar Yogyakarta, Haryadi Suyuti, meyakini di hadapan jumlah pelancong Malaysia akan bertambah ramai mengekor telah dibukanya penerbangan langsung dari Malaysia ke Yogyakarta. MAS dan Air Asia adalah syarikat penerbangan yang melayan destinasi itu.

Yogyakarta memang patut dipertimbangkan dalam program pelancongan di hadapan.

Ia adalah bandar peranginan yang lengkap. Selain Brobudur masih pula ada candi yang ternama, iaitu Prambanan dengan tarian Ramayana. Ada pula Gunung Merapi yang indah, dan Parangtritis pesisir yang menarik di Bantul.