Maybank diarahkan batal beli Bank International Indonesia

Bank Negara Malaysia (BNM) telah membatalkan kelulusan yang diberikannya kepada Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank perdagangan terbesar di negara ini untuk membeli 100 peratus kepentingan PT Bank International Indonesia (BII) melibatkan harga RM4.8 bilion.

Pembatalan itu dibuat berikutan terdapatnya perubahan dalam peraturan pengambilan alih di Indonesia yang memungkinkan bank perdagangan itu boleh mengalami kerugian ketara daripada penjualan saham dan penurunan nilai pelaburan, kata Maybank dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Di bawah peraturan pengambilan alih itu, pemegang saham penguasaan baru bertanggungjawab menjual sekurang-kurangnya 20 peratus kepada para pemegang saham awam dan sekurang-kurangnya 300 pihak dalam tempoh dua tahun selepas tawaran tender dilaksanakan.

Maybank berkata, pihaknya telah menemui Badan Pengawas Pasar Modal dan Lembaga Keuangan (Bapepam) yang mengeluarkan peraturan itu supaya diberikan pengecualian daripada peraturan baru itu tetapi diberitahu permintaannya tidak akan dipertimbangkan.

‘‘Maybank sedang mendapatkan nasihat perundangan dan kewangan terhadap keputusan terbaru BNM dan akan berbincang dengan Fullerton Financial Holdings Pte. Ltd. berhubung tindakan selanjutnya,’’ kata bank itu sambil menambah sebarang perkembangan akan diumumkan bila tiba masanya.

Pada Mac lalu, Maybank bersetuju membeli pegangan BII yang dimiliki oleh sayap pelaburan Singapura, Temasek Holdings Pte dan Kookmin Bank dari Korea (KB).

Pembelian itu bakal menyaksikan Maybank muncul sebagai pemegang saham majoriti dalam bank keenam terbesar di Indonesia dibuat melalui perjanjian jual beli bersyarat melibatkan pembelian kepentingan 100 peratus dalam Sorak Financial Holdings Pte. Ltd. (Sorak), yang dimiliki 75 peratus oleh Financial Fullerton Financial Holdings Pte. Ltd., anak syarikat milik penuh Temasek Holdings manakala baki 25 peratus oleh Kookmin Bank.

Temasek menjual kepentingannya dalam BII bagi memenuhi peraturan Dasar Kehadiran Tunggal (SPP) Bank Indonesia yang melarang sebuah entiti daripada menguasai dua atau lebih bank di negara berkenaan.

Selain BII, Temasek juga memiliki kepentingan sebanyak 68.05 peratus dalam Bank Danamon Indonesia, bank pinjaman kelima terbesar di negara tersebut melalui Fullerton Financial Holdings Pte. Ltd.

Sebelum ini, hasrat Maybank itu membeli BII telah menghadapi ‘masalah’ apabila bank perdagangan itu didakwa telah melanggar SPP tetapi berjaya diselesaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bahawa pembelian BII tidak melanggar SPP yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia kerana Maybank bukan dimiliki oleh entiti yang sama.

*Utusan Melayu (Oleh AZMAN IBRAHIM)

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s