MUTIARA KATA NAJIB PADA PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

najibspeech2Berikut ialah sebahagian daripada mutiara kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan Ucapan Dasar selaku Presiden Umno pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini: Mengenai perjuangan Umno: * “Umno harus dilihat, ditanggap, serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan”. * “Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak parti pemerintah, kita tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat”. * “Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah Umno, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan dengan penuh gilang-gemilang. “Walau apapun dugaan, walau apapun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung”. Mengenai kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang: * “Kita tidak boleh mudah berasa selesa atau lega bahawa kita menjadi parti pilihan rakyat, hanya kerana tiada parti lain yang boleh diharapkan, atau dengan kata lainnya, yang terbaik antara yang buruk”. * “Kita mahukan Umno diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan Bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia”. Mengenai kepentingan sejarah: * “Peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya”. Mengenai peranan Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969: * “Umno berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman”. Mengenai sifat pemimpin Umno: * “Antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan Tawadhuk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberi khidmat”. * “Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung”. * “Untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang kewibawaan dan integriti Umno, ia bukan sahaja setakat dilaungkan, tetapi ia juga mesti dipampang dengan jelas dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti juga gerak kerja semua ahli dan pemimpin”. Mengenai falsafah perjuangan Umno: * “Saya menyeru agar ahli-ahli Umno menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti. Ikhlaskanlah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia”. Mengenai pindaan perlembagaan Umno: * “Setelah pindaan kita lakukan, berhijrahlah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang, supaya kita menjadi parti yang bersih dan dihormati”. Mengenai Konsep 1Malaysia: * “Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat”. Mengenai mesej keputusan pilihan raya Umum ke-12: * “Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah”.

BERNAMA

Advertisements

Pengarah JPM di Indonesia terima gelar “Datuk”

Datuk Dr JunaidyDr. Junaidy Abu Bakar, pengarah Japatan Penuntut Malaysia (JPM) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ada diantara 1,230 penerima anugera darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena harijadi ke 71 Yang Dipertuan Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir menerima Darjah Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.  Manakala Dr. Junaidy Abu Bakar menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar adalah personaliti yang sangat popular di antara para penuntut Malaysia di Indonensia. Ia adalag pribadi yang ramah dan sangat dekat dengan para pelajar di hampir semua bandar di Indonesia. Datuk Junaidy juga dikenali sebagai personaliti yang dekat dengan pemberita.

Tahniah Datuk.

Anwar akan didakwa

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Difahamkan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijangka akan ditahan beberapa hari lagi. Menurut sumber, Idrus akan mengetuai pendakwaan dan memutuskan sama ada Anwar akan didakwa kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedang disiasat berikutan dakwaan memalsukan bukti kes Anwar dipukul ketika ditahan pada 1998.

Difahamkan satu mesyuarat peringkat tertinggi diadakan di Putrajaya malam tadi untuk mengemaskinikan siasatan kes liwat itu.

Setiap langkah dan proses siasatan kes berkenaan dikatakan dirakam menggunakan video untuk membuktikan siasatan dilakukan mengikut undang-undang.

Perkembangan terbaru ini adalah lanjutan daripada laporan portal berita Malaysia Today kelmarin yang mendakwa laporan perubatan di Hospital Pusrawi Sdn Bhd yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid mendapati Mohd Saiful tidak diliwat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis tidak akan terpengaruh dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menggagalkan siasatan terhadap Anwar dan mengulangi laporan portal berita itu yang menyatakan tiada kesan liwat, tidak berasas.

Malah, katanya, polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek seperti dilaporkan Malaysia Today bertajuk ‘Doctor on the run: Police want him to fabricate evidence against Anwar’.

Pihak berkuasa perubatan pula menegaskan, pihaknya berpegang kepada hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu walaupun laporan perubatan ke atasnya di Hospital Pusrawi sebelum itu dilaporkan bocor.

Berikutan pendedahan laporan itu, Anwar dalam sidang akhbarnya semalam, meminta polis menghentikan segera siasatan dakwaan liwat terhadapnya.

Dalam pada itu, pengurusan Pusrawi menubuhkan jawatankuasa khas siasatan dalaman bagi menyiasat kesahihan laporan perubatan sulit, yang didakwa bocor itu.

Ismail, dalam satu kenyataan petang semalam, menegaskan polis menjalankan siasatan kes itu dengan profesional dan tidak akan menjawab semua tuduhan dilemparkan kepada pasukan itu kerana siasatan masih berjalan.

“Polis dalam apa cara sekalipun tidak akan terpengaruh atau diugut mana-mana pihak yang mahu menggagalkan penyiasatan kes ini,” katanya.

Laporan perubatan di Hospital Pusrawi yang didakwa dibuat oleh Dr Mohamed Osman itu, dikatakan mendapati Mohd Saiful tidak diliwat, tetapi polis kononnya memaksa beliau menukar laporan pemeriksaan bagi mengaitkan Anwar dalam kes itu.

Ismail berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek.

“Laporan itu hanya berasaskan cakap dengar, bersifat spekulasi dan satu tuduhan tidak adil. Laporan itu berniat hanya untuk memesongkan persepsi pihak awam dan menjatuhkan polis. Polis menjalankan siasatan secara profesional dan pantas, bukan sebaliknya kerana kes ini menarik kepentingan awam.

“Polis sedar bahawa kes ini perlu dikendalikan secara adil serta saksama supaya pihak awam mempunyai keyakinan terhadap cara kita mengendalikannya. Jadi kita meminta orang ramai tidak terus membuat kesimpulan tanpa mengesahkan kebenaran sesuatu dakwaan,” katanya.

Ismail berkata, polis akan menyerahkan kertas siasatan serta mengemukakan bukti diperoleh sepanjang siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Keputusan sama ada mahu mendakwa suspek berada sepenuhnya dalam tangan pihak Pejabat Peguam Negara,” katanya.

(Berita Harian)

Sejarah Berulang: M’sia sudutkan Anwar Ibrahim

KOMPAS, Senin, 30 Juni 2008 | 04:14 WIB

KUALA LUMPUR – Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, membantah tuduhan sodomi yang diarahkan Pemerintah Malaysia terhadap dirinya. Anwar Ibrahim berpendapat, tuduhan itu merupakan upaya Pemerintah Malaysia untuk mendiskreditkannya.

Dr Anwar yang pernah menjabat sebagai Deputi Perdana Menteri dicopot dari jabatannya pada tahun 1998 sebelum dijatuhi hukuman penjara dengan tuduhan sodomi dan korupsi. Embusan angin dukungan terhadap Anwar Ibrahim makin kencang sejak pemilu Malaysia, Maret lalu, saat aliansi oposisi meraih hasil suara terbaik di dalam sejarahnya.

“Laporan polisi soal tuduhan sodomi yang diarahkan ke saya benar-benar rekayasa,” kata Dr Anwar dalam pernyataannya yang dibacakan pengacaranya di hadapan sekitar 200 pendukung yang berkumpul di luar sebuah hotel di Malaysia. “Saya yakin kita menyaksikan berulangnya metode yang diterapkan pada saya pada tahun 1998 saat tuduhan palsu direkayasa di bawah tekanan,” demikian potongan pernyataan Dr Anwar.

Kepala kepolisian investigasi kriminal Kuala Lumpur, Ku Chin Wah, menjelaskan, seorang pria telah membuat laporan kepada polisi, Sabtu (28/6), yang berisi klaim bahwa Dr Anwar telah menyodomi pria tersebut. Sodomi di Malaysia dapat dihadapkan pada ancaman hukuman penjara 15 tahun.

Ku Chin Wah mengatakan, polisi belum mempunyai rencana dalam waktu dekat untuk meringkus Anwar meskipun sebuah SMS yang dikirim Partai Keadilan Rakyat pimpinan Anwar berisi peringatan tentang kemungkinan mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia itu diseret ke tahanan pada akhir pekan lalu. Ku Chin Wah menolak menjelaskan pelapor yang mengaku telah disodomi.

Namun, Partai Keadilan Rakyat menyebutkan pelapor adalah asisten pribadi Anwar, Saiful Bahari. Partai oposisi tersebut yakin Saiful Bahari telah dipaksa untuk membuat tuduhan itu.

Koalisi berkuasa Barisan Nasional mengalami kekalahan di pemilihan umum yang merupakan terburuk dalam 50 tahun terakhir saat kehilangan mayoritas dua pertiga suara parlemen. Barisan Nasional memerlukan dua pertiga kursi untuk memenangkan cukup mayoritas suara dan membentuk pemerintahan.

Dr Anwar mengaku telah meraih kesepakatan tertutup dari sekitar 30 anggota parlemen Barisan Nasional yang ingin membelot ke oposisi atau cukup untuk menyusun kekuatan menggulingkan pemerintah Perdana Menteri Abdullah Badawi. Dr Anwar tidak mencalonkan diri dalam pemilihan umum Maret lalu karena terlilit tuduhan korupsi yang melarangnya menduduki jabatan politik selama 5 tahun. Larangan itu berakhir April lalu dan Anwar Ibrahim telah mengisyaratkan keinginan untuk kembali bergabung dengan parlemen lewat proses pemilihan khusus.

Mahatir Mohamad: Pak Lah dan Najib

Ini adalah pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM) pasal PM Datuk Seri Abdullah Badawi dan TPM Datuk Seri Najib Razak. Pandangan TDM ini kami ad kedalam blog ini bukan berarti kami menyokong pandangan beliau, tetapi supaya kita semua paham apa-apa pandangan pemimpin kita. Kalau pun ada pandangan Pak Lah, Datuk Seri Najib, atau Anwar Ibrahim sekali pun suatu masa nanti akan kami siar untuk satu tujuan, sebaik-baiknya buat Malaysia.
Inilah pandangan TDM pasal 2 pemimpin kebanggaan kita itu:
1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk bertanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.

TDM (dari blog Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Oposisi hambat langkah PM Badawi

Oposisi Malaysia gencar menentang kebijakan pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Partai Islam Se-Malaysia atau PAS di Negara Bagian Selangor, Rabu (28/5), melarang institusi Islam mempromosikan konsep Islam Hadhari yang diusung Badawi.

Islam Hadhari adalah konsep yang diperkenalkan Badawi tidak lama setelah menjabat perdana menteri tahun 2003. Konsep itu, salah satunya, mengandung prinsip penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan ekonomi.

Namun, PAS menilai Badawi mengeksploitasi istilah itu agar pemerintah terlihat lebih progresif demi meningkatkan popularitas di kalangan mayoritas warga Muslim Malaysia. ”Penekanannya adalah pengembangan material, bukan spiritual,” kata Khalil Abdul Samad, salah satu pejabat PAS.

PAS menyatakan, konsep Badawi itu menghilangkan sisi spiritualisme dan memberikan perspektif yang tidak imbang dalam rangka pembangunan ekonomi. Karena itu, PAS memutuskan untuk melarang khotbah, lokakarya, dan aktivitas lain yang memublikasikan konsep tersebut.

”Konsep itu adalah pendekatan yang dangkal dan tak masuk akal untuk membenarkan kebijakan pemerintah yang menekankan pertumbuhan ekonomi dengan menghalalkan segala cara,” kata Khalil Abdul Samad.

Sikap oposisi ini merupakan isyarat terkini bagaimana aliansi oposisi menyingkirkan kebijakan dan proyek koalisi berkuasa Barisan Nasional setelah berhasil menguasai lima negara bagian pada pemilu parlemen 8 Maret.

Pemerintah negara bagian di Malaysia memiliki kewenangan mengatur isu-isu religius sehingga pemerintah federal yang dipimpin Badawi tak bisa serta- merta menghalangi larangan di Selangor.

Namun, Barisan Nasional tidak tinggal diam dan mengecam langkah PAS. ”Itu adalah opini mereka. Kami memiliki pendapat berbeda,” kata Wakil Perdana Menteri Najib Razak, seperti dikutip surat kabar Berita Harian.

”Mereka ingin memolitisasi Islam Hadhari, tetapi kenyataannya konsep itu adalah konsep yang membawa makna bagi Islam dari perspektif yang beradab,” ujar Najib.

Belum jelas apakah langkah PAS didukung dua partai oposisi lain yang tergabung dalam Pakta Rakyat, yaitu Partai Kekuatan Rakyat (PKR) dan Partai Aksi Demokratik (DAP). Sejauh ini, kedua partai itu tidak secara terbuka menyatakan penolakan.

Oposisi Malaysia semakin solid setelah membentuk koalisi menyusul perolehan 82 kursi di parlemen dalam pemilu lalu dan menyebabkan Barisan Nasional kehilangan mayoritas mutlak. Ini merupakan kemenangan terbesar oposisi selama Barisan Nasional berkuasa sejak tahun 1957.

Selain menguasai lebih sepertiga kursi parlemen, oposisi juga menguasai lima negara bagian, yaitu Kedah, Perak, Kelantan, Penang, dan Selangor. Belum jelas apakah negara bagian lain mengikuti langkah Selangor melarang Islam Hadhari. (KOMPAS)

Mahathir Mohamad: Kesetiaan kepada UMNO

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.

7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.

10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.