Malaysia-Indonesia tubuhkan EPG

Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia tubuhkan Eminent Persons Group, kumpulan tokoh kedua-dua negara, untuk meningkatkan dan mengawal hubungan mesra kedua negara serumpun. Pertubuhan itu bertugas memberikan masukan kepada mamsing-masing pemimpin, Malaysia dan Indonesia, untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul diantara rakyat kedua negara.

Sebenarnya, cadangan untuk menubuhkan Eminent Persons Group ini sudah pula dikemukankan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika beliau melakukan lawatan kerja ke Jakarta bulan lepas. Ketika itu, kepada para pemberita Malaysia yang ada di Jakarta, beliau berkata bahawa EPG akan ditubuhkan untuk menjadi titian mempersamakan persepsi bila terjadi perbezaan pandangan diantara rakyat kedua-dua negara. Misalnya, kes lagu rasa sayange, kes tarian barongan atau kes reog Pondorogo.

Indonesia-Malaysia Eminent Persons Group yang ditubuhkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bersama Merdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi di Kuala Lumpur (7/7) itu terdiri dari 14 orang tokoh penting Malaysia dan Indonesia, 7 dari Malaysia dan 7 dari Indonesia

PM Dato Seri Abdullah Badawi berucap, pada tahun 2007 Indonesia dan Malaysia sama-sama menyambut peringatan 50 tahun hubungan diplomatik kedua negara. “Dalam tempoh 50 tahun itu kedua negara telah mengarungi pelbagai peristiwa pahit dan manis dqalam sejarah negara masing-masing, juga dalam hubungan kedua negara. Namun tali persahabatan dan persahabatan yang sejati tetap kekal antara Malaysia dan Indonesia.” Perdana Menteri juga berharap EPG akan melambangkan persahabatan istimewa dan berkelanjutan natara kedua negara, tak hanya sekarang, tapi juga bagi generasi di masa mendatang.”

Sementara itu Presiden SBY menyatakan bahawa sebagai jiran, Indnesia – Malaysia tak luput dari masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui kerjasama bilateral. “Saya berharap, melalui EPG, bisa dilakukan serangkaian komunikasi dan koordinasi, lalu melakukan pendekatan paling arif atas isu-isu fundamental sehingga bisa dicari solusi yang tepat,” ucap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Dari Indonesia, EPG dipimpin oleh bekas naib presiden Try Sutrisno disertai 6 anggota: Ali Alatas (bekas menteri luar), Quraish Shihab (bekas menteri agama), Des Alwi Abubakar (sejarawan), Musni Umar (professor di Universiti Indonesia), Pudentia Maria (profeson di Universiti Indonesia), Wahyuni Bahar (Kamar Dagang Indonesia-KADIN).

Sementara EPG Malaysia dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dengan anggota Dato Seri Mohd Zahid haji Zainuddin (bekas panglima TDM), Dr. Khoo Kay Kim (sejarawan), Tan Sri Halim Ali (bekas setiausaha negara), Tan Sri Amar Dr. Haji Hamid Bugo (bekas setiausaha Kerajaan Negeri Serawak), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas (ketua pengarah IKIM) dan Datuk Seri Panglima Joseph Pairing Kitingan (wakil ketua menteri Sabah).

2 Comments

  1. EPG mudah-2an betul-2 bermanfaat. Ada gunanya. Akhir-akhir ini rakyat Indonesia dan Malaysia sangat sensitif oleh isu remeh-temeh. Kalau tidak cepat diatasi, 2 generasi mendatang 2 negara ini tak saling mengenal. Lihatlah sekalisekali di pelbagai milis dan blog, anak muda Malaysia dan Indonesia saling mencacimaki dan mengejek. Menyedihkan.

    Faridha

  2. Buat Farida. Itu semua terjadi karena rakyat Malaysia sombong. Berapa TKI yang dianiaya di sana? Berapa properti kita yang dijiplak di Malaysia? Dasar Malingsial!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s