Tun Mahathir dan Mokhzani keluar dari UMNO

Kemenangan tipis UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke 12 lepas masih menyisakan pertikaian sengit. Tuntutan sesetengah fihak supaya PM Badawi mundur dari jawatan masih terus dilaungkan. Yang paling keras mendesak Pak Lah mnudur adalah bekas PM Tun Mahathir Mohammad. Malah beliau mewujudkan desakan itu dengan menyatakan keluar dari UMNO untuk masa yang tak terhad, katanya, hingga Pak Lah mahu meletak jawatan dari presiden UMNO dan kerusi perdana menteri.

Ini memang sebuah tamparan keras bagi kerajaan yang dipimpin Pak Lah. Tetapi situasi serupa sudah pernah beberapa kali berlaku di Malaysia. Dalam sejarah UMNO, banyak bekas presiden yang kemudian keluar daripada UMNO kerana kecewa dengan penggantinya, yang semula ditunjuknya dan direstuinya pula. Tetapi sejarah juga mencatat bahawa rakyat Malaysia masih tetap menyokong UMNO. Faktor sejarah ini pula yang memberi keyakinan para penyokong Pak Lah di UMNO bahawa UMNO dan juga Pak Lah akan kekal mendapatkan sokongan rakyat Malaysia. Sejarah pula menyatakan bahawa belum pernah berlaku situasi serupa ini berhasil memaksa seorang Perdana Menteri yang tengah berkuasa turun dari jawatannya.

Apakah sejarah akan berulang?

Nampaknya Tun Mahathir mendedahkan segala daya upaya untuk memaksa Dato Seri Abdullah Badawi mundur. Bekas PM ini menyerukan kepada semua ahli parlimen agar sementara mundur dari UMNO dan Barisan nasional. “Ini adalah cara untuk memaksa Badawi munduir. Jika pemerintah tak menjadi kekuatan majoriti di parlimen, pemerintahan Badawi akan jatuh.” kata Tun Mahathir.

Barisan nasional memenangi 140 kerusi dari 222 kerusi parlimen pada PRU-12 lepas. Ini adalah kali pertama Barisan Nasional gagal menang mutlak sejak 40 tahun lalu. Tun Mahathir menuduh Pak Lah gagal memimpin dan terlalu lemah sebagai seorang perdana menteri. “Jika Barisan Nasional sudah menggantikan Abdullah dengan cara meninggalkan koalisi, mereka bisa meneruskan dukungan kepada Barisan Nasional,” lanjut Tun Mahathir.

Seruan itu tentu saja membuat banyak fihak bimbang, apatah lagi beberapa waktu lepas, pemimpin parti pembangkan Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa parti pembangkang memiliki 30 ahli parlimen dari Barisan Nasional yang sedia ‘menyeberang’ kepada parti pembangkang bila-bila masa. Tentu saja hal ini akan membawa UMNO dan Barisan Nasional kepada situasi gawat yang sebebar-benarnya.

Tetapi sejauh ini barulah putera Tun Mahathir, Mokhzani, yang mengikuti jejak bekas PM itu. Biarlah masa yang menentukan apa yang akan berlaku bagi Malaysia. Kita tunggu apa yang dimahukan rakyat Malaysia bagi negara. Rakyat lah yang berhak menentukan apa yang terbaik bagi masa depan Malaysia.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s