Thomas Cup 2008: Malaysia gagal di separuh akhir

Pemberita Malaysia bersama Skuad Thomas CupApa daya, tembok China terlampau kuat nak runtuhkan. Pasukan mereka memang sepatutnya digeruni oleh pasukan badminton mana pun. Melalui perlawanan sengit, China menghantar pulang Lee Chong Wei lebih cepat. Matlamat membawa pulang Thomas Cup ke Malaysia pun gagal.

Wira negara Lee Chong Wei mempersembahkan permainan cantik dan gemilang manakala ia menyumbang mata pertama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di Sadium Istora Senayan, Jakarta.

Pemain persorangan pertama ini terus mendahului sejak perlawanan dimulakan/ malah ia sempat di hadapan 7-0 pada setpertama sebelum ia menutupnya 21-12.

Chong Wei pun tak terhalang lagi leh pemain nombor satu China, Lin Dan, dan menamatkan perlawanan. Kepada NTV&, Chong Wei berkata ia berpuas hati ke atas persembahannya petang ini. Apatah lagi ia boleh menyumbang satu mata bagi barisan Jalur Gemilang.

Bagaimana pun China memberi perlawanan sengit dan memetik satuy angka dari beregu Mlaysia. Gandingan utama Koo Kien Kiet – Tan boon Heong dipaksa menyerlah dua set langsung, 16-21 dan 17-21.

Malah China berbalik unggul 2-1 selepas pemain veteran Wong Choong Hann ditewaskan Bao Chunlai, 18-21 dan 7-12. namun laluan bagi China ke peringkat akhir bukan mudah, mata kedua bagi Jalur Gemilang dipersembahkan oleh beregu harapan masa depan, Zakry – Fairuzizan, dengan nmengalahkan Zie Zhong Bo – Guo Zhendong, 21-17 dan 21-15.
China 2, Malaysia 2.

Tedtapi apalah daya, perseorang ketiga, Hafiz Hashim, gagal menggegar tembok terakhir China. Ia malah tewas 2 set langsung 12-21 dan 16-21.

terutup sudah tirai aksi bagi pasukan Piala Thomas Malaysia untuk mewujudkan matlamat membawa pulang semula Piala Thomas yang terlepas sejak 16 tahun lalu.

Mereka mengekor kegagalan pasukan badminton perempuan yang telah tersingkir di peringkat suku akhir, kalah oleh skuad Uber Cup dari Korea.

Pulang lebih cepat, hanya dengan pingat gangsa. Itulah kenyataan yang harus kita terima.

Didik Budiarto

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s