Thomas & Uber Cup 2008

Tadi malam, Kamis (8/5), pasukan badminton kebangsaan malaysia tiba di Jakarta. Lee Chong Wei dan kawan-kawan disambut dengan sangat meriah oleh para pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta. Malah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohd. Zein beserta Wakil Duta Besar Abdul Aziz Harun turut pula mengalu-alukan para pemain dan jurulatih Malaysia di Hotel Sultan.

Kepada TV3 dan NTV7 Malaysia, Duta Besar menyatakan keyakinannya bahawa pasukan yang dipimpin jurulatih Misbun Sidek akan berjaya membawa pulang Thomas Cup ke Malaysia. Beliau juga berkata masa penantian 16 tahun terlalu lama bagi rakyat Malaysia untuk merengkuhi piala Thomas semula.

Malaysia terakhir kali berjaya memenangi Thomas Cup 16 tahun lepas. Untuk memastikan pasukan berjaya dalam semua perlawanan di Istora yang akan dimulakan Ahad di hadapan, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memberikan sokongan penuh. Para pelajar, rakyat dan pegawai kedutaan akan bersatupadu memberikan dukungan di stadium nanti.

Jumaat petang ini, Duta Besar juga menjemput semua ahli kontigen badminton Malaysia dalam jamuan makan malam di Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Semangat patriotik telah pun dilaungkan para penyokong. Bolehkan skuad Thomas dan Uber Malaysia berjaya nanti? Jurulatih Misbun Sidek meyakini pasukan lelakinya sangat berpeluang ke pusingan akhir Piala Thomas.

Malaysia Boleh!

Didik Budiarto

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s