Datuk Peter Chin & Anton Apriantono: Kawal Harga Sawit Dunia

Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama mengawal harga minyak sawit dunia yang setakat ini terjejas hingga paras paling rendah selama satu setengah tahun terakhir, iaitu US 871 dollar per tan. Situasi yang setakat ini menjejaskan perniagaan minyak sawit mentah kedua-dua negara ke dalam kegawatan.

Semalam, saya menyertai lawatan kerja Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui bersama rakan kerjanya Menteri Pertanian Indonesia Anton Apriantono ke Ladang dan Pusat Penyelidikan Jatropha Indonesia di Sukabumi, Jawa Barat. Sebuah kawasan perladangan R & D tanaman jarak pagar yang cantik, disertai laboratorium modern, kira-kira 3 jam perjalanan mengguna kereta dari Jakarta.

Datuk Peter Chin berkata kedatangannya bersama seputar 24 pegawai kanan kementeriannya adalah untuk belajar lebih banyak lagi pasal bio bahan api dari buah jarak pagar. Beliau mengakui Indonesia berada pada satu langkah di hadapan dalam project Jatropha ini bila dibandingkan dengan Malaysia.

Dalam perjumpaan di kaki gunung Salak itu pula, kedua-dua menteri juga bersetuju untuk melakukan kawalan rapih terhadap harga minyak sawit dunia yang setakat ini terjejas. Malaysia dan Indonesia sama-sama mengalami kerugian besar kerana turunnya harga sawit dunia. Malah kedua-dua negara akan berada dalam kegawatan jika situasi ini tidak cepat diatasi bersama. Malaysia dan Indonesia secara bersama adalah negara pengeluar sawit terbesar di dunia, malah ia mencapai 85 peratus dari pasaran antarabangsa. Indonesia mengeluarkan kira-kira 18 juta tan per tahun, manakala Malaysia mengeluarkan kira-kira 16 juta tan setahun.

Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia telah pun bersetuju untuk mengalihkan 6 juta tan bekalan sawit untuk project bio diesel. Malah kalau situasi sulit yang merugikan perniagaan minyak sawit ini berterusan, ada peluang bagi kedua-dua negara untuk menggunakan stok sawit yang ada untuk membangun bio diesel.

Dalam masa rehat minum kopi petang di hotel Shangrila sepulang dari Sukabumi, kami bertiga, Datuk Peter Chin, saya dan Nasir Yusof dari Bernama terbabit dalam perbualan panjang pasal harga minyak sawit ini, dan langkah-langkah konkrit apa yang sepatutnya diambil. Datuk Peter Chin berkata, “Kalau pihak pengimport ini tidak menawarkan sutu harga yang berpatutan, lebih elok kita pakai untuk bio diesel, dan kita tak perlu lagi import fuel dari mana-mana negara. Itu logic yang saya rasa semua boleh terima.” katanya lagi, ini perlu dilakukan supaya suplai tidak berlebih sehingga harga turun. Untuk mengawal suplay and demand lah.

Guna mewujudkan cadangan itu pula, hari ini, 5/8/08, Datuk Peter Chin Fah Kui menemui rakan kerjanya yang lain, Menteri Energi dan Sumberdaya Mineral Purnomo Yusgiantoro di Jakarta.

*Datuk Peter Chin Fah Kui bersama Anton Apriantono mengisi kereta dan traktor mengguna bio diesel. (Gambar eksklusif NTV7)